Khamis, 21 Februari 2019

Makrifah 5 Unsur Diri

Dulu, atok saya ajarkan.

Di hari kematian anak manusia, akan datang 4 penjemput. Bentuknya seperti manusia tetapi memiliki warna tertentu.

Pertama sekali, penjemput berwarna hitam. Dia akan datang mengingatkanmu, menjanjikanmu dan membentang di hadapanmu kesenangan material dan nafsu syahwat.

Jangan ikut, kerana itu adalah unsur paling rendah penciptaan dirimu. Tolak dia dengan keras.
Begitu diceritakan oleh atok sampai selesai semua 4 penjemput di saat sakaratul maut.

Ketika saya dijemput merawat orang terlantar sakit, saya tanya keluarganya,
"Sudahkah dia mengadu didatangi lembaga hitam atau melihat hitam semua pandangannya?"

Mereka jawab ya, saya kata tidak perlu dirawat lagi. Masanya telah hampir. Perlu didoakan saja agar lancar proses perpisahan antara jasad dan rohnya.

Kerana memang selepas itu, beberapa hari kemudian anak manusia yang mengalami fasa ini akan pulang ke rahmat Tuhan.

Di saat keperitan dan kesakitan perpisahan antara jasad dan roh, keyakinan jadi goyah. Sang penjemput datang membawa godaan-godaan. Salah ikut maka sengsaralah di sana.
Silakan share. Mudahan jadi cetusan kesedaran.

***

NOTA:
Di kelas MAKRIFAH 5 UNSUR nanti yang diadakan secara Live di grup FB, akan saya huraikan dengan lengkap ilmu ini, dan pengalaman-pengalaman menangani pesakit-pesakit yang telah berada di fasa sakaratul maut.

... Love no Limit ...



***********************************************************************************************


DUNIA DAN 5 UNSUR

...

Orang dulu-dulu banyak berinteraksi dengan unsur alam semesta. Tanah, air, api, kayu, logam, angin, dan akash/ether.

Kerana banyak berinteraksi dengan unsur-unsur ini, maka unsur pada diri mereka menjadi harmoni.

Keharmonian pada unsur diri menghasilkan tekanan seimbang pada energi kundalini, memudahkan ia naik menuju ubun-ubun atau cakra mahkota sehingga perjalanan rohani lancar dan pencerahan mudah terjadi.

Bahasa lebih mudahnya, keharmonian pada unsur diri membuat ikatan pada roh yang menumpang pada jasad menjadi longgar sehingga potensi roh boleh terbuka luas.

4 unsur ini termanifestasi menjadi 4 setan manusia, dikenali para sufi sebagai 4 nafsu, iaitu Amarah, Lawamah, Mulhamah dan Mutmainnah. Lain sekolah spiritual, lain istilah dan panggilannya.

Apa yang ramai orang tidak tahu, 4 unsur paling bawah bukan saja menjelma atau termanisfestasi menjadi nafsu, tapi unsur yang sama di alam semesta termanisfestasi menjadi 'dunia'.

Unsur lah yang menjadi dunia, dan melalui 4 nafsulah kita terhubung dengan dunia.

Jadi, sebuah kekeliruan kalau kita mahu bunuh nafsu. Nafsu nafsu bermakna kita akan lost cantact dengan alam dunia ini. Makanya kerohanian bukanlah membunuh nafsu, tapi mengendalikan nafsu agar ia tidak terlalu kurang dan tidak juga terlalu berlebihan mengambil haknya di kehidupan ini.

Kerana 'neraka' adalah hasil keterlaluannya sang nafsu ini mengambil bahagiannya didunia ini, sampai orang punya pun dia ambil.

Apabila agama langit datang kepada manusia, Maka kebanyakan manusia hanya fokus ke unsur tinggi, iaitu unsur angin dan akash/ether. Unsur unsur lain dilupakan , sehingga aspek hidup pun jadi tidak stabil.

Hasilnya mudah dilihat, keterlaluan menekankan unsur atas sahaja dalam praktik kerohanian membuat si pencari sangat kuat cinta kasih, kepedulian kepada sesama, dan kepatuhan pada aturan tuhan, namun aspek duniawi lain terabai.

Kerana unsur tanah yang kuat pada diri akan membina kekayaan material. Unsur air yang luar membina nama, kemasyhuran dan populariti, dan unsur api yang kuat membina daya pengaruh dan kekuasaan. Inilah yang dipanggil 'dunia'.

Mengabaikan atau membunuh nafsu akan membuat aspek 'dunia' kita rapuh. Padahal dunia ini adalah ladang berbuat kebaikan. Harus tinggal di mana lagi kalau bukan di dunia ini dan di bumi ini?

Segitu dulu. Makanan memanggil, unsur bumi yang telah menjadi perut sudah minta isi bossku.
.
.
***

NOTA:
Versi penuh ilmu 5 unsur saya huraikan nanti di kelas MAKRIFAH 5 UNSUR, secara live di closed grup FB. Sudah ada 70 lebih peserta yang confirm. Jika anda juga berminat, PM aje.


********************************************************************************************

Awal pagi jumpa sahabat-sahabat baik. Sempatkan kopi-kopi bersama.

Bincang-bincang tentang kehidupan. Semua ada kepakaran dalam bidang kerja masing-masing. Saling sokong dan saling menguatkan.

Kalau saya, lebih kepada memberi nasihat konsultasi.

Mereka tanya apa panduan lajukan sale. Saya bagitahu, letak staff yang unsur api ketuai sales department. Makin dia buat sales makin dia penuh energi.

Service to people adalah kategori unsur bumi. Api memberikan energi kepada bumi. The market needs fire.

Begitu kuncinya.

Ilmu unsur ada banyak mazhab. Pilih yang memiliki peratusan kejayaan yang paling tinggi. Mazhab saya beza sikit kerana diharmonikan dengan vibrasi energi.

Orang air tidak sesuai jadi orang depan di sales department, orang air adalah para inventor. Ideanya terlalu banyak. Mereka sesuai jadi pencipta, pengkaji, pendamai, atau perunding.


NOTA:
Peserta kelas online Live MAKRIFAH 5 UNSUR setakat ini sudah 102 orang yang confirm dalam masa 3 hari buka pendaftaran. Kita berikan pencerahan. Kita cari ‘The Missing Piece” dalam resepi kejayaan dan kebahagiaan. PM saja jika anda berminat. Hari ini hari terakhir untuk yuran termurah. Esok yuran dah naik.

... Love no Limit ...



KELAS MAKRIFAH 5 UNSUR DIRI

Tarikh   : 03 . 03 . 2019, Ahad.
Masa    : 9.00 a.m - 1.00 pm
Venue  : Grup FB (tertutup), peserta akan dijemput.
kaedah : Live interaktif

Untuk Pendaftaran, hubungi atau whatsapp : 012-831 9486 (Hasna).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan