Jumaat, 22 Februari 2019

Unsur Diri - Grup FB Makrifah 5 Unsur diri

Grup FB Makrifaah 5 Unsur Diri


ADA APA DENGAN MARIFAH 5 UNSUR?

Ilmu MAKRIFAH 5 UNSUR memang satu ilmu yang sangat mistik.

Pengetahuan tentang 5 Unsur diri ada di hampir semua tamadun dan budaya manusia.
Ilmu 5 Unsur yang paling popular adalah dari budaya Cina.

Saya asal suku kaum Bugis. Di dalam budaya Bugis, ilmu unsur juga ada, dengan huraian dan falsafah tersendiri.

Atok nenek saya panggil sebagai Ilmu Sulapa’ Appa’. Ia membahas tentang 4 unsur alam, di mana manusia sebagai pusatnya. Falsafah yang sama di dalam ilmu budaya Jawa, iaitu Sedulur Papat Kalima Pancer.

Atok nenek saya dulu punya teknik mengolah dan mendayagunakan ilmu ini untuk ikhtiar tolak bala, pelaris jualan, benteng perlindungan, tolak angin taufan, asas bina rumah, permulaan bercucuk tanam, buka bisnes dan bermacam lagi.

Ilmu inilah sebagai asas di dalam Ilmu Sahabat dan Malaikat 4, satu ilmu kuno membina energi perlindungan dari segala sihir, kejahatan dan semua bentuk energi negatif.

Apabila saya kaji ilmu 5 unsur di dalam i-Ching budaya Cina, ada persamaan, pertemuan dan keharmonian.

Satu bukti bahawa kita semua bangsa di dunia ini dari rumpun yang sama, dari nenek moyang yang sama.

Bezanya, di budaya Bugis dan Jawa (Nusantara), 4 unsur dibahas sampai ke arah spiritual yang lebih dalam, di mana 4 unsur berevolusi menjadi 4 saudara ghaib yang sentiasa menjadi pendamping setiap orang.

4 saudara yang lahir bersama kita dari rahim ibu.

Ia boleh dikenali, dipanggil bahkan dijadikan sebagia pembantu di dalam kehidupan atau ‘virtual assistant’.

Ini adalah ‘khadam semulajadi’. Ada juga yang panggil sebagai Qarin. Kita tidak pernah sendirian. Ada teman yang Tuhan sediakan, sayangnya kita tidak kenal bahkan langsung tidak sedar akan kewujudannya.

Ini sesungguhnya sangat menarik!

Saya akan huraikan semua ini di kelas MAKRIFAH 5 UNSUR, yang diadakan secara online Live di grup facebook.
.
.
Nota:
Setakat ini sudah ada 126 orang peserta yang sudah confirm (update terkini: 137 orang). Masih ada kuota jika anda juga berminat nak join gelombang ilmu yang sangat unik ini.


... Love no Limit ...


1 ulasan: